Rabu, September 01, 2010

June 18,2010

Ini rakaman video msa bday aku 18 June tempoh hari.Kek disponsor oleh kak long..kakak ipar
kesayanganku.Terima kasih bbyk kak long dan semua adik badik,kengkawan yg sentiasa mendoakan aku.Tak lupa buat emak yg bersusah payah mengandung, melahir n membesar kan aku.Makasih mak...uda sayang mak n semua.


Masa nih,sehari seblum majlis persandingan Acik.Mmg sibuk giler msa tuh...dari pagi smpai malam.Potong kek pun dh tengah malam.Dlm kul 12 klu x silap.Kesian anak2 buah ku..bila la Ma'de nk potong kek ye.Sori ye ank2..ma'de sibuk sgt.Rupa pun x serupa org..almaklum la..mandi pagi jek..hehhe.Sori klu ada aroma yg kurang menyenangkan.






Jumaat, Ogos 27, 2010

Sangat suka lagu nih..kenapa eh?

Aktiviti kekeluargaan di PD

Sejak Acu dh keje PD nih,weekend je...mesti ktorg nk berkampung di sana.Umah nye dekat tepi pantai plak tuh.Sonok la budak2 ni mandi manda..yg bapak budak plak..sonok memancing.Yg ibuk2..pun sibuk gak..sibuk nyiapkan makanan utk bapak2 n ank2 n ibuk2 skli.


Marsha yg x sabar nk mandi laut..

Juadah utk hari nih.. pon pon ..

Jari sape lah nih?

Bersungguh2 nmpknye...

Iilah dia..pujaan hati ku..

Spt gaya profesional kan?

Cumie..cumie...


Siapa itu Cumie?Cumie nih jiran aku punya kucing.Ntah kenapa sejak kebelakangan nih,dia suka duk umah aku.Siap beranak lagi.Port yg paling dia suka ..dlm bilik Aliyyah bawah katil.Kat situlah dia sorokkan anak2nya.Cumie baru beranak sbnye..ada 6 ekor.Ini kira kelahiran ke 3 kt umah aku.Kelahiran sblm nih pun 6 ekor jugak tp mati.Tak tau sape yg makan sbb msa balik keje aku nengok ank2 nya dh berdarah2.Kesian dia masa tuh,mengiow2 mencari ank nya.Sedih sgt aku msa tuh.Tp aku janji..pasni lu Cumie beranak lg,aku akn pastikan ank2 dia selamat.Gmbr di atas bukanlah gmbr Cumie sbnrye..tp seakan2 Cumie.Aku x berani nk ambil gmbr Cumie takut..org kata nt kucing mati klu kita ambil gmbrnye.ak tau la sejauh mna benar kata2 org tuh.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Testing..

Selain aku,Rose n Asya pun ada blog.Dorg dh invite aku tp aku xleh nk bukak blog dorg.Jd aku pun kasi password aku kt Asya.Suh dia godam.
Tp arinih bila aku nk bukak blog aku,kuar satu arahan mengatakan..hanya blogger yg dijemput saje bleh bukak blog ini.Pelik???Bkn ke aku tuan punya blog tuh?xkn aku nk invite dri aku sndri.Sgt pelik.So aku pun ngadu pd pakar blog ni..Asya namanya..hehehe.Adalah benda dia adjust agaknye..nih tgh test lah nih.PAstu Gambar profile aku dh ilang plak.terpaksalah aku letak gmbr lain.Gmbr lama..yg jauh berbeza dr skrg.
Cubalah eh...lepas ke x catatan aku nih...
Testingggg...!!!!!

Rabu, Ogos 11, 2010

Camne ye?

Yg ku tggu telah pun berlaku.Dipanggil bos,bkn sesuatu yg mengejutkan.Aku dh lma bersedia sbnrye.Mcm biasa..aku mmg x byk ckp.Mengangguk tanda tiada bantahan.Ape yg boleh aku ucap..."saya cuba".Mgkn itu yg terbaik saat itu.

Perkara yg dibincangkan...
1)Dh lama aku x d promote..jd aku kena ada sesuatu utk dia tlg promote.(katanyelah..)
Jwpn dlm ati aku.."klu x naik boleh x..aku x mampu buat keje lebih dr ape yg aku ada skrg.

2)Teman satu dept.aku dah hantar resign letter pagi td,jd dia hrp aku n kkwn yg lain utk back up keje kwn yg nk berenti nih.
dah ku jangka...

3)aku x pandai nk manage masa..
hehhe..sgt lucu.aku tau kemampuan aku cuma aku x nk je.x nk yg bersebab.

Macamana ye?
Klu aku speed n boleh buktikan yg aku mampu,nt susah plak aku.Byk lg la yg dorg akn lambakkan kat aku nih.Duit tuh mmg penting tapi klu x sonok keje..xde makna kan.Aku seronok mcm skrg nih,x sakit..x pening.Keje aku siap gak.

Mgkn bos aku ikhlas nk tlg aku,cuma dlm hati aku ni je fikir yg bukan2.Aku hrp..ape pun yg berlaku lepas ini,xkan buat aku bosan nk keje.

Apa yg mampu aku buat.berdoa dan berserah semoga Allah swt memberikan yg terbaik utk aku.Aminnn...

Oppsss...arinih jmpa bos smpi x dpt nk solat dhuha.Rsa janggal plak...
Insyaallah...semoga tiada ape yg menghalang utk aku ke arah kebaikan.Insyallah...

Selasa, Ogos 10, 2010

Hebat sungguh dugaanMu Ya Allah...

Aku redha atas setiap ketentuanMu Ya Allah.Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Selepas masalah mata skrg tangan plak.Dh hampir 2 bulan aku ngidap kebas tangan.Drp sikit2..skrg dh sampai lengan dan makin sakit.Aku redha...aku sabar,semoga Allah memberikan kekuatan pada ku hambaNya yg lemah ini di atas segala ujianNya.Pasti ada hikmak disebaliknya.Moga ianya sementara saja.Klu ini saje jalan yg boleh mendekatkan aku pada Mu Ya Allah...aku redha,klu seumo hidupku pun aku sanggup.Aku milikMu...

Khamis, Julai 29, 2010

Jangan fikir negative..


Klu boleh aku x nk fikir yg bukan2.Klu ikut kan perasaan mmg aku geram tp mesti ada sebab kenapa perkara ini berlaku.Dan percayalah,setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.Syukur Alhamdulillah di atas segala kurniaanMu Ya Allah.

Rabu, Julai 28, 2010

Sabar separuh dari Iman...


Perkataan yg selalu berada dlm hati kecil aku ni tatkala terjadinya sesuatu yg boleh menggugat kesabaran aku.Klu aku x sabar dh lama dh aku jd burung kat dlm gambar tuh.Seb baik aku ni waras lg.

Aku anggap ini semua dugaan yg akan lebih mematangkan aku.Insyaallah...aku cuba perbaiki setiap kelemahan yg aku ada.Kpd kkwn sume,klu ada rsa x kena dgn sikap aku nih,mintak ssgt..tegur lah aku,tegur dgn cara berhemah.Insyaallah...aku boleh terima.Aku pun x nk membenci org dan x nk dibenci org.Hidup ni x lama kan?

Selasa, Julai 27, 2010

Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1431H)


Kalau ikut kalendar,Nisfu Syaaban jatuhnya pada hari ni.
Alhamdulillah...dgn kesihatan yg agak baik ni,dpt jugak aku berpuasa dlm bulan Syaaban juga Rejab,Ramadhan semestinya.Alhamdulillah...
Sedikit info untuk sy dan kita semua...dipetik dr blog Ustaz
Shauki

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Jom makan-makan...



Nengok gambar je dh terliur.Sori ye..
Atas tugasan n arahan dari Penolong Pengerah iaitu En.Mohamad Shahirwan selaku adik ku yg kedua kecil..utk tugasan yg ke sekian sekian kalinya(klu x dpt kerapu stim sekor x tau lah,x nk syer tauu)...aku diminta membantu mencari lokasi Kedai Ikan Bakar utk family gathreing pada sabtu ni 31 July 2010.(formal sgt la ayat).
Penat gak nk survey sbnrye...masih lg dlm pencarian.Kita tggu dan lihat ye...

Isnin, Julai 26, 2010

untuk kalian...


"Ya Allah,berikanlah keampunan dosa bagi kedua ibu bapaku,kedua mertuaku,suamiku,anakku(Nur Iman Aliyyah)keluargaku,saudara maraku serta sahabat2 ku atas sakit ku ini.Kau berkanlah yang terbaik buat anakku Nur Iman Aliyyah dan Kau lindungilah dia"..Aminnn...

kita yg berlainan cara...


Kata org bila kita disakiti oleh seseorang,cuba ingat segala kebaikan yg pernah dia lakukan pada kita.Jadi..itulah yg aku cuba lakukan demi kebaikan.
Aku tak tau ape motifnya tapi aku anggap,itu adalah sifat yg dia ada dan sifat yg sukar untuk diubah.Mungkin itu kelemahan dia..dan aku juga punya kelemahan aku sendiri.Walau bagaimana pun..aku tetap menyayanginya sama spt aku menyayangi makhluk Allah yg lain.

Selasa, Jun 15, 2010

Bukit Besi,Dungun,Terengganu.(11 ~ 13 June 2010)

Satu perjalanan yg menyeronokkan bersama keluarga tercinta.Tujuan sebenar kami ke Bkt Besi adalah untuk majlis penikahan adik lelaki ku..Acik(Iwan)namanye.Spt yg diberitahu...waktu nikahnye pada Jumaat selepas Isya' tapi oleh kerana kadi ada banyak jemputan maka majlis diawalkn iaitu selepas Asar.
Kami bertolak seawal mungkin...lebih kurang pukul 8pagi.Awal nyeee???Tapi alhamdulillah..segalanye berjalan lancar.Kami sampai lebih kurang pukul 2 ptg.Ikut jalan Muazam Shah.Pergi dgn 5 kereta.Atam sekeluarga tumpang kereta(Alza) ayah,aku sekeluarga tumpang kereta(Alza) abang.Angah sekeluarga ng 4WD nye.Alang sekeluarga ng proton aeroback dan pengantin ng MyVi nye turut ditumpang oleh acu n aleef.
Tiba di Bkt Besi lebih kurang kul 1 lebih.Ktorg check in di homestay yg disponsor oleh pengantin.(Terimakasih daun keladi ye pengantin).Yg lelaki bersiap g solat jumaat.Yg pompuan...siap2 kemas brg.Acik kata lunch tidak dpt disediakan oleh pihak pengantin perempuan kerana masalah air.Tak pe..ktorg x kisah..aiman pun tak kisah.Tak lama tuh makanan pun tiba..waduhhh,pucuk dicita ulam mendatang.Tapi sayang...bekas ulam2an tersorok di bawah meja.Keesokannya tuh baru perasan.Cmne leh jd gitu ye.Patut la..cm tak cukup makan je petang tuh.
Petang tuh nikah di masjid Bkt Besi.Alhamdulillah..dengan sekali lafaz sahaja..Acik sudah bergelar suami kepada Norlily Ismail.Sedih pun ada...bkn ape,aku mmg cmni,sikit2 nk sedih.Tp bleh control lg ye.
Lepas nikah ktorg dijemput ke rumah penganti pempuan utk minum petang.Aku mkn pulut ng sambal.sedap giler...aku mmg penggemar pulut.Pastu ada kuih akok.Lepas mkn2..ktorg pun balik ke homestay.Mlm tuh..mcm xde benda nk makan.Aku g cri sesuatu kt kedai bersama alang.Alang nk buat nasi goreng,aku plak sediakn cekodok taugeh.Tengah2 mlm mkn cmtuh.Mna yg dh berlayar ke alam mimpi..maaf ye.Ktorg tak nk ganggu.Cekodok aku paling laris...sbb cicah kauh kari lebih lauk tghri td.Smpi ayah pn tak dpt rasa.Utk cover balik..esoknye uda buat lg ..lebih2 utk ayah.

Rabu, April 14, 2010

Beranang - Senawang,Senawang - Beranang



Ini lah rumah mertuaku.
Sejak arwah abah meninggal,aku n suami dah ambil kata sepakat...berulang alik ke kampung utk menemankan emak.Aku risau jugak sbnrye,umah kampung agak jauh dari satu umah ke rumah yg lain.Seperlaungan pun blum tentu bleh dengar jiran sebelah.Waktu siang aku x risau sangat sbb adik ipar aku mmg ada kt kg.Dia leh nengok2kan,cuma sebelah malam je buat aku risau.

Jadi aku n sumai cuba buat sesuatu yang termampu.Insyaallah..semoga Allah swt mengurniakan kesihatan yg baik kpd kami sekeluarga,supaya kami dpt teruskn niat nk jaga mak.

Lagi pun jarak dari Beranang ke Senawang,xle jauh sangat.Lebih kurang 45 min(klu abg yg drive).Tp klu aku yg drive..15min bleh sampai kot...hehehe.Ikut Pantai lah...Tp ok gak...sejak berulang alik nih,ada byk msa antara aku n abg setiap ari bersama.Ye la...dlm kete je ada 45min utk bercakap.Sllu nye...balik umah bla dh penat,sume nk tido cepat.Nk sembang pn x sempat.

Isnin, April 05, 2010

Abah...2 Apr 2010



Dapat panggilan yg mengejutkan pagi ini dr suamiku...
"Abah dah takde La.."kata abg smbil menahan sebak.
"sabar bang..ngucap byk2"balas ku sedih.
"abg kt CM ni nk balik...syg bleh tlg amik k long kt Allson Klana x?K long kursus kt sna"kata abg.
"ok lah..abg jgn risau,Ila siap2 kain baju nt Ila terus amik klong"kataku.
Aku arinih x keje,konon nk amik EL sbb x sihat.Pepagi lg dh email bos,x dpt dtg keje.

Kisahnye...pagi ni abah x solat sama ng mak sbb x larat.Lately nih mmg abah x sihat.Lepas solat abah baring.Msa saiful dtg..saiful nengok abah dah xde.

Abah mmg sorg yg sgt baik,penyabar.Byk ciri2 yg ada pada abah ada pd suamiku.Alhamdulillah..walaupun abah xde lg...tapi pada aku abah tetap ada di hati ini.AlFatihah untuk Arwah Abah..Hj Hisamuddin semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Khamis, April 01, 2010

HUKM - 31/3/2010



Bertolak dr Sbn dlm kul 7.30am selepas anta Aliyyah ke Taska.Smpt g minum dlu.Smpi HUKM dlm kul 8.30am.Kinik dh penuh...berasak2 mencari ruang nk berdiri.Appoinment aku kul 8.00am.Aku lewat dlm 1/2 jam.Nk wat cmne...aku pn dtg dr jauh,nk anta anak ke sek lagi.Tp aku kira dorg pun paham.Lepas dpt no aku pun menunggu giliran utk check mata sblm jmpa doktor.Dlm kul 10.00am bru aku dipanggil.Check mata n letak ubat sblm jmpa doktor.Sllu nye aku tunggu di luar selepas letak ubat tp kli ni nasib aku ada baik skit.Doktor terus panggil aku.Alhamdulillah..x yah la aku nk tunggu lma cm sllu.Selepas baca buku rekod kesihatan aku,doktor kata..aku mmg belum boleh lagi kurangkan ubat.Mgkn perlukn masa lebih lma.Aku akur demi kesihatan aku.

Kali ni doktor kata ..aku perlu tambah prednesole(steroid) lagi 6 biji,iaitu 12 bj sehari.Sbb katanye...perubahan di mata aku sgt sedikit tidak spt yg dia harapkn.Klu itu yg terbaik utk aku..aku terima.Walaupn hakikatnye aku x bleh amik lebih dr 2 bj sehari kata Dr.Kok(ISEC).Aku pn x berdaya nk kata ape2.Ikut je lah ape yg terbaik.

Bla kenang2kan nasib diri...rsa x mampu nk lalui ujian ini.Tp aku tetap redha.Aku yakin,pasti ada hikmah setiap yg berlaku.Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.Cuma kkdg aku rsa sedih,mgkn sbb aku terlalu memikir nasib diri.Dgn ubat yg mahal,x tau smpi bla aku kena mkn.Kesan sampingannye lagi.Badan aku yg naik melampau2.Paling sedih..rambut aku mkin kurang,dh mcm kena leukimia plak.Blm lg kesan2 sampingan yg lain.Darah tinggi,diabetis,tulang reput..mgkn juga buah pinggang.Tp bila kenangkan insan2 disekeliling yg aku sayang,aku bersyukur sbb Allah swt pilih aku utk ujian ni.Klu dorg yg lalui,mgkn susah utk aku terima..terutama anak aku Aliyyah.Ya Allah...Kau berikanlah kesihatan yg baik utk mereka yg aku sayang.Aminn..

Khamis, Mac 25, 2010

Nk demam ke nih?

Arinih..bangun pepagi dh rsa lain macam.Kepala cm berat,badan x sedap..tekak rsa nk muntah.Risau gak..kesan dr ubat ke?

Lepas anta Aliyyah g taska..aku cuba bw baring.Klu dpt lelap pn bagus..kurang skit rsa x selesa nih.Rsa cm dh terlelap tp cm ada dgr suara Aliyyah.Dlm ati aku kata..bkn ke td dh anta Aliyyah g taska?)...arrgghhh,lelap lg lah..cm berat sgt kepala nih.Pastu aku dgr cm suara acu kt dapur.(Bla kala plak si acu ni balik?.Cmne acu bleh masuk..gate aku dh kunci siap ng rantai lg).Mgkn perasaan aku agaknye...

Bla aku terjaga..aku nengok jm dh kul 10.30am.Emmm...nk kuar kejap la,nk g amik cadar yg aku order aritu.Pastu nk g beli brg skit.Blk dr beli brg,msa nk turun moto di depan umah,kaki ni rsa cm pijak x pijak je.Ape lg..jatuh terduduk aku msa tuh.Seb baik aku sempat tahan ng tapak tahan.Sakit gak seb baik x luka.

Td cm tingin nk mkn ayam goreng,nk beli KFC cm x berbaloi jek sbb aku sorg je kt umah.Jd aku belilah ayam goreng segera kt Family Store.Nt blk leh goreng.Tapi tekak cm xde selera nk makan.Asyik minum air carrot jek..Rose bw semalam..makasih bbyk Rose,Zulia & Siti sbb sudi dtg jenguk akk.Rsa segan pn ada..susah2 jek dorg dtg..bru blk keje lak tuh,mesti penat.Aku nih nmpk sihat jek cuma mata je x ok lg.Adik2 sume..makasih ye.Akk sayang korang.



Ini je yg lalu kat tekak aku.Dr penuh dh tggl separuh,berteman air carrot.Tp air carrot dh abis.D dpn pc smbil layan internet & layan lagu2 kenangan aku.Agak jiwang skit sbnrye aku nih...hehhe.Jiwang pn jiwanglah..maksuka nok..

Selasa, Mac 23, 2010

HUKM lagi...


makanan asasi aku sejak lebih setahun yg lalu...


Hampir sebulan aku dh kurangkn makan ubat spt nasihat doktor.Mata aku makin teruk..makin sakit,makin merah,makin kabur..dan telah menampakkan bintik2 hitam yg banyak.Amat merisaukn aku.Appoinment lambat lg...28/4.Klu aku tggu appoinment..mesti akan jd lebih parah lg.Nk drive pn x brani.Nk x nk..smlm aku g gak HUKM.Dh x tahan sgt dah ni.Seb baik abg bleh cuti..klu x,mmg x lepas.Klu ISEC..xpe lah lg sbb aku g naik komuter.
Smlm lepas anta Aliyyah g taska,aku gerak dlm kul 8.Ikut Lekas h/way.Smpi HUKM dlm kul 9.Sbb aku dtg x ikut appoimnet date jd aku terpaksa masuk bilik 1 utk kes kecemasan.Kul 10 aku dpanggil utk test mata.Mata kanan mmg kabur sgt..hny dpt baca 4 barisan teratas.Itu pun merangkak2.Tunggu punye tunggu...kul 2 baru dpt masuk bilik 1.Dr kul 9 ..kul 2 bru dpt jmpa doktor.Yg dtg kendian..sume dh balik.Dh tuh..pakar uvities(dr.wong) xe plak msa tu.Dia ada wat exam utk doktor pelatih kot.Aku diminta tunggu smpi dr.wong dtg.Smbil2 tu aku smpt tny doktor yg rawat aku..Dr.Zalilawati Mohmad.Doktor pelatih rsanye..muda sgt.Aku tny lah ape punca penyakit aku ni.Sume test aku dh buat,kt GH..kt Columbia..kt ISEC..rsult sume ok.Dr.Zalilawati kata..kemungkinan antibodi dlm bdn aku x cukup kuat utk lawan penyakit ini.Jd aku kena ambil prednesolone.Ubat ini steroid..sebab itu aku kena makan Cellcept utk kurangkan kesan sampingan.Tapi agak mahal skit.Tapi kesan sampingan itu tetap akn berlaku,spt masalah kegemukan,tulang reput,rambut gugur,darah tinggi,kencing manis.Ape yg doktor sebut tu mmg dah berlaku pada aku.Aku redha.Dlm kul 4.30pm,bru aku dpt jmpa dr.wong.Msa dia check mata aku..dia agak terkejut.Dia kata..len kali klu ada sikit2 perubahan..terus dtg,x perlu tggu lma.Dia tambahkn lagi ubat utk aku makan.Prednesolone 6 bj sehari utk 5 ari.Cellcept 1gm.Zenteq 1 bj 2x sehari utk elak gastrik.Eye drop ada 2..1 titiskan sehari 3 kali.1 lg setiap 2 jam.Mggu depan hari rabu 31/3 kena dtg balik..dia nk nengok ada kurang x?Dia hrp ada kurang.Tp klu ada sakit2 atau demam atau ape2..teruk dtg klinik secepat mgkn.Dia x ckp kenapa tp aku tau.Aku x bleh amik prednesole lebih dr 2 bj sehari.Sbb itu steroid..tp utk smgu ni aku rsa ok kot.Klu ada kurang nt dia akn kurangkn lg dos nye.
Sblm blk aku kena amik darah,amik gambar mata aku ni,check bp,gula dan tempreture.Pastu jmpa doktor semula utk set appoinment n doktor ksi mc.10 ari shgga appoinment mggu depan..byk tuh.Tp dlm keadaan cmni..aku nk keje pn susah gak.Lepas sume settle..aku g amik ubat kat farmasi.Cm x sempat jek sbb jam dh kul 5.Farmasi dh nk tutup..seb baik dia masih bleh terima slip ubat aku.Pastu aku kna g beli cellcept..farmasi utk beli ubat tutup kul 5.30pm.Alhamdulillah sempat lg.Aku beli ubat guna bantu kebajikan HUKM.Lega skit...

Rabu, Mac 03, 2010

Ku milik mu...Nov 03,2002



Video msa aku kahwin dlu.Walaupun dh lama tp ia tetap kenangan yang terindah.Semoga kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat.Terima kasih abang kerana sudi terima sayang seadanya.

Poco-poco

Aktiviti yg paling menyeronokkan.Dh lma x buat aktiviti ni.Berpeluh jugak lah.Walaupun pada awalnye..langkah bersepah2,tp lama kelamaan semakin menampakkan kemajuan.Bagus...bagus..lain kali kita wat lagi eh.Pastikan tiada ulat yang menganggu...hehhe.

Muara Sg Duyung..kami dtg pada mu...


Org dh nk belanja..jauh pn xpe.Org kata berkat utk gaji pertama kn.Tp klu nk lg berkat..kena belanja sllu.Tahniah Cik dpt kerja di JKR sbg Penolong Pengarah.Klu arwah ayah ada..mesti dia bangga.Ktorg tumpang gembira.Dpt lak open table cmni...klu sllu pn xpe.


Org kata mknn kt sni sedap,harga pn berpatutan.Tp tang harga tu ktorg x kisah sbb bkn ktorg yg bayar...heheh.Sori Cik,pape pn makasih daun keladi,agak2 bila nk belanja lg.Ktorg tungguuuuuu....

Training sebelum perlawanan...kononnye


Persediaan sblm pertandingan.Persaingan amat sengit.Xtau siapa yg bakal jd juara.Tp klu juara longkang..mmg jatuh pd aku lah.Mmg x reti main benda alah ni..tp aku berani mencuba.Walaupn percubaan aku agak memalukn.Hrp2 xde yg melihat kejadian.Pada sume...jumpa nt di hari pertandingan.

Selamat Pengantin Baru Kak Ziah - Feb 14,2010


Perkahwinan Raziah & Ghazali yg berlangsung di Sg.Kelamah pada Feb 14,2010.Kak Ziah ni kawan aku msa sama2 keje di 3M dlu.Aku sllu duk lepak umah dia bla balik keje.Dan pengalaman yg x dpt kulupakan..ktorg g Langkawi berdua.Plan nk pegi reramai,tp akhirnye..kami berdua je yg pegi.Yg lelain ada hal.Aku plak dh penah pegi..jd aku dh tau serba sikit selok belok jln di Langkawi.Sonok gak...ktorg g 3 ari 2 mlm.Sewa chalet kt pantai Chenang.Sewa motor di Jeti dan merayau satu pulau.Sgt seronok....

Sy doakan semoga akk berbahagia bersama suami tercinta hingga ke akhir hayat.Amin..

Isnin, Mac 01, 2010

Penat lagi memenatkan...


Tersangat penat...nk bangun dari tido pun x larat.Cm ada balak dok menghempap badanku ini.Ini sume gara2 aktiviti yg julung2 kali diadakan.Gotong royong di rumah mak(Senawang Indah).Penat wo...2 ari mengerjakn,sabtu n ahad.Seb baik Isnin x keje,nk g anta aliyyah cabut gigi.Klu x mesti melepek aku kt opis.Tp ok la..wat sikit2 sblm kenduri kahwin Acik 19 June nanti.Acik..xde habuan ke?penat wooo...bw ktorg g honeymoon nt eh.Jnji x kacau ko..sungguhhhh...Kacau skit2 je.Boleh la eh?
opsss...ada sesape penah nengok movie citer king kong.Msa tuh king kong panjat bangunan tinggi...mesti penah nengokkn.Cuba nengok gambar di bawah,seiras betul kn...king kong pun pandai senyum...hahahha.


Rabu, Februari 24, 2010

Fobia...



MYCOPHENOLATE MOFETIL 500mg TAB (CELLCEPT) - 1 bj/1 hari utk sbln.
PREDNISOLONE 5mg TAB - 1.5 bj/1 hari utk 1 mggu.
PREDNISOLONE 5mg TAB - 1 bj/1 hari utk 1 mggu.

Itu arahan dr doktor(HUKM) utk pengambilan ubat aku sebulan nih.Pasni doktor kata aku dh x payah mkn ubat lg.Bunyik spt khabar gembira tp khabar yg menakutkan jugak pada aku.Aku ni mna bleh x mkn ubat,nt mkin teruk jd nye mata aku ni.Klu dr.kok yg beri arahan..aku brani lah jugak sbb mmg dia lah yg memahami keadaaan mata aku dr seteruk2nye dlu hingga sekarang ni yg smkin ok.

Tetiba arini,doktor yg x penah rawat aku dan x tau langsung keadaan aku..tetiba bg arahan spt di atas,bila dia nengok keadaan mata aku yg nmpk mcm dh ok.Aku x salahkn dia..mgkn dia ada sbb tersendiri.Dan aku pn faham..ubat yg aku mkn nih x bagus klu ambil terlalu lama.Tp klu aku berenti ubat secara mendadak..x baik jugak utk mata aku.Dr.kok kata ..ia akan jd lebih teruk dr yg pernah aku alami sblm ni.Nt aku kna start blk ng ubat yg byk n amik lg dlm tempoh yg lma.Cmne ni ye?Buat aku keliru...

Dh tuh...bla dh xde ubat utk bln akn dtg,makno eh..bantuan sbyk RM2K utk cellcept tu spt x berfungsi.Ada bantuan tp ubat plak aku x mkn lg.

Ntah la..sedih pn ada.Aku hny mampu berdoa n berserah...semoga Allah mempermudahkn dan memberikn yg terbaik utk aku sekeluarga.Aminnn...

Selasa, Februari 23, 2010

Akhirnye....

Ptg smlm msa blk keje,aku ada dpt surat dr Jab Kebajikan HUKM.Alhamdulillah..aku dpt bantuan walaupun tidak sepenuhnya.Lepas lah duit ubat aku utk 3 ke 4 bulan.Lega skit rsanya..Klu nk diikutkan,aku mmg x mampu nk tanggung kos ubat aku.Tp d HUKM xle semahal di ISEC.Kurang2 RM700 sbln.Kt HUKM ni dlm RM400 lebih je sbln.Tp kira byk jugak tuh,mcm2 leh buat ng nilai RM400..tp aku anggap lah ianya sbg zakat(nk sedapkan ati lah konon).
Aku bertuah dpt doktor yg sgt prihatin.Dia yg wat kn surat utk aku dpt kn bantuan.Mgkn dia paham ng pendapatan aku yg x sbrp n yg paling penting,aku kna ambil ubat ni dlm tempoh yg lama.Xtau smpi bla.Hrp2 jgn la seumo hidup aku nih.Bkn sbb kos nye saja yg aku x mampu,dgn kesan sampingan ubat ni lagi.Badan aku ni smkin kembang,dan akan terus kembang.Doktor kata klu aku berenti ubat baru aku akan kecut semula.BP aku dh lma x check,gula plak cm tggi skit dr sblm.Rambut aku..makin kurang,sgt teruk rsanye.Yg mgkn aku x diberituhu..ubat itu boleh memberi kesan pd buah pinggang.Ape nk buat kn..aku redha.Ini sume hanya pinjaman.Aku milikNya..hanya Dia yg berhak ke atas segalanya.Aku tetap bersyukur..mudah2an Allah permudahkan segala urusan ku.
Esok appoiment aku kt HUKM.Hrp2..ada menunjukkan perubahan yg baik pada mata aku.Walaupn hakikatnye...x brp nk jelas spt sblmnya.Alhamdulillah..masih bleh nmpk.Doa kan yg terbaik utk diri ini n sume umat Islam.Aminnn...

Rabu, Februari 17, 2010

2008 - koleksi doktor pakar.

Salam sume.Saje aku nk catatkn dlm blog ini kisah aku pd tahun 2008.Tentang kesihatan aku juga koleksi doktor2 pakar.Skrg pn dh 2010...kisah itu pn makin hilang dlm ingatan ku.Aku hrp ng tercatatnye dlm blog ini...aku x terus lupa ttg kesihatan aku ni.

Sbnrye selain dr doktor pakar mata,aku masih lg ada appoinmet ng doktor pakar bedah,pakar perubatan n pakar sakit puan.Tapi demi menjaga reputasi keje aku d IWM,aku terpaksa abaikn appoinment itu.Kerap sgt MC..x bagus utk aku.Aku nk gak jaga nama baik bos aku.X nk la sbb aku nt dia yg akn dipersoalkn.

Insyaallah..klu ada keizinan dariNya,aku nk gak sambung rawatan aku.Risau gak takut keadaan jd lebih teruk.Hrp2 tidak lah...

Appoinment d ISEC - 5 Feb 2010

Salam sume.Saje je aku nk catatkan tentang appoinment aku di ISEC(International Specialist Eye Centre)d Mid Valley 5/2/2010 aritu.Kli terakhir aku pegi pd 4 bulan yg lepas.Dr.Kok kata mata aku menunjukan perubahan yg baik.Jd dia cuba nk mengurangkn ubat yg aku mkn.2 mggu sblm appoinment,dia suh aku kurangkan Cellcept dr 4 bj ke 3 bj.Andai keadaan mata aku mkin teruk,x perlu tggu appoiment..bleh trus jmpa dia.Aku start kurangkn ubat pd 25/1/10.Ape yg aku rsa..penglihatan aku mkin kabur..x spt sblm ni,masa aku mkn ubat 4 bj.Aku cuba bertahan walaupn keadaan makin merimaskn.Cuba bersabar n bertahan.Bla alami satu keadaan yg baru..mmg susah nk terima tp bla dh lama2..ia akn jd kebiasaan kn.Msa jmpa doktor..dokt kata,keadaan masih boleh d kawal.Teruskan ubat 3 bj cellcept,2 bj prenisolne dan pred forte 4 kali sehari utk mata kanan.Itu yg dia kata...tp ape yg aku rsa...rimas tetap rimas.Melihat dlm keadaan yg kabur.Ape yg boleh aku buat skrg...cuba buat2 xtau.Boleh ke?Appoinment aku akn dtg 4 bln lg iaitu pd 4/6/2010.Tp appoimnt aku kt HUKM 23/2/2010.Ape nk buat kn...mgkn ini takdir aku.Aku redha.Aku milikNya..hanya Dia yg berhak menentukn yg terbaik utk hambaNya spt aku dan kita sume.

Selasa, Februari 16, 2010

Cuti CNY...13/2/10 ~ 17/2/10

Salam sume...
Sok sume org dh mula keje selepas cuti panjang CNY.Seperti x terasa msa berlalu.Kenapa eh?Tp sok aku cuti lg..company kasi 1 lg cuti.Klu sebut pasal cuti,dh tentu sume org suka kn.Aku pn suka sgt.Mana x nye...cuti lma tu beb.Tp bla sebut cuti lma..aku cuak gak sbb...aktivity kekeluargaan yg biasa ktorg adik badik lakukn ialah.."makan-makan".TAKUTTT..!!!Pasni berkilo2 lah berat bertambah.
Pada ari pertama - 13 feb 2010
Arinih pepagi aku dh sibuk cari lauk sbb adik badik aku nk dtg.Angah n family,atam n family,acu n anak2 alang.Sbnrye plan nk g bercuti kt cameron tp homestay sume penuh jd...ktorg abiskn cuti di umah adik badik.seb baik dekat.Abg kta nk blk tp lmbt skit..klu x arini,esok lah.Acik lak g tganu..nk uruskn borang nk nikah.Jd mna yg ada je lah.Mak pun xde sbb g bercuti di Pulau Pangkor bersama adik ayah.
hari ke 2 - 14 feb 2010
Aku g kenduri kt Sg.Kelamah,member aku kawin.Kak Raziah & Abg Ghazali klu x silap..hehehe.Sori..lupo lah.Pegi terjah tanpa plan umah.Seb baik x tersesat.almaklum la..dh berbelas tahun x ke sana.Ptg tu Angah ajak g umah dia,ada wat bbq.Dia ajak tdo umah dia mlm tuh.Ktorg ok jek.Aku sponsor ayam percik resepi aku sndri.Bleh la mkn klu tgh lapar.


Abg dh smpi dlu sblm aku.Aku lmbt skit sbb nk siapkn ayam percik.Lepas maghrib,operasi bakar membakar pn bermula.Menu mlm tuh..nasi goreng cina,Ayam percik,kambing bakar,salad..emmm..ape lg eh?dll...(sori x igt sbbb aku mkn kambing n ayam jek).Sdg asyik mkn2..abg dpt sms,pakcik sahak(abg ipar arwah ayah)meninggal dunia kul 8pm.Kiranye pepagi sok tuh ktog sume balik kg di Kg Changkat Gombak.
hari ke 3 - 15 feb 2010
Konon nk blk kg awal2 pagi selepas sarapan...tp uruskn itu ini,sudahnye smpi lmbt ke kg.Jenazah pn dah dikebumikn.Ptg tuh singgah jap umah abg kt Bkt Antarabangsa sblm blk Sbn.
hari ke 4 - 16 feb 2010
Angah ajak g Ulu bendul tp rsanye x dpt nk ikut,aku nk kemas umah,nk basuh baju...buat pape yg patut.Tp ape yg d rancang x mnjd.Atam ajak g umah alang.Makan lg..dia masak gulai rebung + ayam telur,goreng berlada ikan keli,bayam goreng,tempoyak colek..emmm...perut dh kenyang tp nk jga ati alang nyer pasal,aku jamah gak.(hehhe..kononnn).Dh ptg bru blk...
esok - ari ke 5 - 17 feb 2010
Aku nk uruskan mcm2.Nk bayar cukai tanah umah arwah ayah.Nk renew lesen SSM.

Selasa, Januari 26, 2010

Jln2 d A'Famosa Waterworld

















































Dah janji nk bw Aliyyah jalan2 sbb berpuasa penuh Ramadhan yg lalu.Dia suka sgt nk pegi Waterworld..jd aku bw la ke AFamosa Water World.Musim cuti mmg org ramai.X sangka seramai ini.Nk parking pun susah.Dh pk nk balik dh masa tuh..mandi kat Ulu Bendul pun bagus tp kesian plak kat Aliyyah.Xpe lah..teruskan jugaklah.MAsa nk beli tiket pun berantur panjang.Dekat sejam beatur..pastu nk sewa tube pun beratur gak dlm 1/2 jam.Giler ke ape?Abis masa dek beratur je.Nk mandi pun berebut2..aduiiii.Pengajarannya..lain kali klu nk berjalan,jgn msa public holiday atau cuti sek.Bercuti semata2 utk beratur...